Assalamualaikum Ya Habibi..
Kadangkala kita seringkali menangis kerana norma-norma kehidupan yang penuh liku2 yang memerlukan kekuatan hati, kecekalan dan ketabahan yang kadangkala kita tidak memilikinya.. Tapi ingatlah wahai sahabat, walau sejauh mana pun engkau menafikan realiti kepahitan sebuah kehidupan itu, ia tetap bersemadi di dalam diari hidupmu.. Engkau perlu menghadapi kepahitan itu untuk memiliki sebuah diari kehidupan yang terlalu indah yang tidak pernah engkau impikan..
Kita seringkali tertanya Allah memberi dugaan atau balasan kepada kita..
Sebenarnya..Balasan juga adalah dugaan di mana Allah menduga untuk menguji hambanya sama ada utk meneruskan kesilapan itu ataupun merubah segalanya..
Mengadu lah padaNYA.. kerana Allah suka akan rintihan hambaNYA..Bukankah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Bersihkanlah hati kita..InsyaAllah semuanya akan berakhir..Sesungguhnya nafas yang ku hirup adalah kerana kuasaMU Ya Allah..
Jangan di fikirkan sesuatu yang telah kau hilang..
Menangislah..kerana tangisan itu membersihkan jiwamu..
Pandanglah kehadapan..Mulakan hidup baru..
Tapi bagaimana mampu untuk memulakan hidup baru sedangkan hati terluka terguris..
Mulakanlah hidup barumu tanpa rasa kehilangan dengan cara pabila engkau bangun dari tidur, ucapkanlah Alhamdulilah..bersyukur kepada Allah s.w.t..
Selagi mana kita membenci orang yang pernah kita sayangi, selagi itulah perasaan sayang menggamit-gamit di dlm hati kecil yang bisa hancur..
Jika kamu bersabar di atas kesengsaraan yang menimpamu, Allah pasti meringankan musibah itu darimu, menaikkan darjatmu dan memberimu ganjaran pahala orang-orang yang bersabar..
Allah Taala berfirman di dlm Surah Al Mukminun ayat 111
"Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, kerana kesabaran mereka. Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang."
InsyaAllah..selepas kesusahan pasti kesenangan menyelimutimu..Jangan bersedih..
Sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu....
Sekian...