Assalamualaikum para sahabat diluar sana..
Dikesempatan ini, nak kongsi mongsi cket ilmu muhasabah diri yg dipetik dr sebuah majalah Islam iaitu Majalah Anis..
Artikel yang saya baca nie tajuknya "Sukalah Apa Yang Ada"..
Kdgkala kita terlalu byk impian, angan2 yg terlalu tinggi yang mana mungkin disulami kekecewaan yang tersirat..
Terlalu byk yg kita impikan hinggakan kita tersenyum sendirian dan hati berbunga riang.."Aku nak kawen ngn lelaki hensem..pandai..kaya dan mcm2 la..".."Bila keja nti..aku nak beli itu ini..pegi sana sini"...itulah ngomelan hati kecil kita kan..
Tetapi ingtlah wahai sahabat..Hidup ini adalah realiti bukan fantasi..Di jemari takdir, kita sbg hambanya perlu redha dgn ketentuan ilahi..Apa yg kita impikan xsemuanya kita miliki.."napa dia dpt..aku tak..napa??..napa??..dan kenapa??"..Itulah Sunnatullah..ketetapan Allah..
Ya..kita merancang..Allah menentukan..tp bukanlah kita menyandarkan semata2 kepada takdir..Bagai melukut ditepi gantang..
"Mana mungkin Allah membiarkan kita bergelumang dengan kesedihan..Allah maha Mendengar lg Maha Bijaksana..DIA tahu betapa deritanya kita..betapa luluhnya hati kita..Yakinlah wahai sahabat akan kebijaksanaanNYA..Redha dgn Takdirnya..Mana Mungkin Allah mentakdirkan sesuatu untuk kita hanyalah sia2.."
Akal kita terlalu terbatas..kita tidak dapat melihat apa ketentuan utk kita pd ms akan datang..Kerana itulah kita gelisah..merintih ketakutan..Wahai sahabat, tahukah engkau Allah tidak suka jika engkau memikirkan masa depanmu..Pandanglah kehadapan dgn hati yg penuh redha..
Sukalah apa yg kita miliki sekarang..bersyukurlah stp hirupan nafas yg dianugerahkan..bygkan insan2 lain yang jauh lg sukar hidupnya dari kita..jgn dipandang insan2 yg senang hidupnya dr kita..kerana ALLAH menyayangimu..DIA tidak mahu engkau alpa dgn duniawi..
Sbnrnya.. kita gagal menyelami maksud tersirat ketentuanNYA..kerana itulah kita gelisah..menangis kerana apa yg kita impikan berkecai..Fahamilah segala ketentuan dgn mata hati yg hakiki lg abadi..
Bangunlah..tersenyumlah..Ukirlah senyuman dgn bibir kemerahan mu anugerah dr ILAHI..Keliplah mata mu yg bersinar juga anugerah dari Allah..Jika kita tidak memiliki apa yg kita hajati..Bersyukurlah..
Salam sayang bt semuanya..
p/s: sumber dr Majalah Anis Disember 2010..
No comments:
Post a Comment