Sunday, October 23, 2011

Tanya Sama Hati---Jodoh

Assalamualaikum w.b.t dan selamat selamat hari raya..tetttt...

Pertama-tama nya...

Entry kali nie bukanlah nak tuju mana-mana pihak.. Tp.... kalo terasa ampun ya..
Sebenarnya deep in  my heart.. i would like to say that (terspekeng plak) Peratusan tertinggi yang saya baca di mana-mana je kat facebook ke, blog ke, apa2 je la adalah merujuk kepada JODOH.. Honestly, kadang-kadang saya rasa mengjengkelkan nak baca.. Ermmmm..bukan kadang-kadang tp memang saya dah naik menyampah nak baca.. Serius!! T_T (Mesti hampa kata, kalo xnak baca, xpyh la baca..kan kan =p)

Kedua-duanya....
Cuba tanya hati korang, Jodoh ada di Facebook ke??..Twitter ke??..Blog Ke??..Tagged Ke?? Yang terbaru Google +..hehe.. Seyes pening.. Cuba la korang post kat fb ke mana2 ke sumtin yg memberi anjakan paradigma cket.. Nie tak..asyek cenderung ke jodoh je...huhu.. 

Baru-baru nie ada la hadir kan diri ke majlis forum di anjung cinta bertajuk "Amanah Dalam Cinta"... Panel nye Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustazah Fatma.. Jom scroll ke bawah apa kandungan forum tu :

1--klu kita nak sayang atau cinta sesiapa pun, pastikan cinta pada Allah s.w.t dulu kerana cinta Allah la kita dipertemukan dengan si dia..

2--Mulakan dengan nama Allah dan surah Al.Fatihah..

3--Mohonlah CITA dan CINTA dlm sujud terakhir..InsyaAllah cinta akan datang.. 

4--Amalkan doa dibawah ini dan Surah TAHA untuk dikurniakan jodoh yang Soleh dan Solehah..


Semoga kita semua dikurniakan jodoh yang soleh dan solehah.. InsyaAllah :)

Ok itu je nak kongsi Mongsi.. Wassalam...

Sunday, October 16, 2011

..Nothing To Say...

Assalamualaikum w.b.t dan jugak selamat pagi..

Sebenar-benar nya mata sangat-sangat mengantuk, badan letih , kepala runsing tak boleh tido.. Sebab apa??.. Entah la..Hati Runsing..



Hari nie tetiba rasa sayu je hati.. Sedih.. Seolah-olah kisah lama 3 tahun lepas kembali menyapa hati.. Luka lama seolah-olah bermain-main di hati tanpa menghiraukan betapa lemahnya diri untuk menerima semua nie...



Selama 3 tahun lebih  hati ini memendam rasa..menyeka setiap air mata yang ingin mengalir.. Akhirnya, aku tewas hari ini.. Seolah-olah situasi yang dilalui pada saat ini mengimbau kembali kenangan 3 tahun yang telah berlalu pergi..



Selama ini aku fikir, aku sudah kuat dan tabah untuk menerima sebuah kehilangan.. Tetapi, aku masih lagi tewas.. Tewas apabila situasi yang sama menimpa diri.. Aku cuba mencari diri aku yang selama 3 tahun aku ubati seorang diri.. Seorang diri yang diajar erti sebuah kehilangan, diri yang diajar sebuah pengorbanan dan ketabahan dan juga diri yang ajar sebuah keikhlasan serta seorang diri yang diajar erti sebuah kesyukuran dan keredhaan..



Aku sudah cukup lemah untuk hadapi semua nie.. Dulunya aku kehilangan seorang insan yang cukup aku sayangi.. Kini aku kehilangan seorang sahabat.. Mungkinkah kesilapan itu dari aku.. Ya..kesilapan itu dari aku.. Diri yang terlalu lemah yang bisa melukakan hati seseorang.. 



Aku memohon kemaafan atas kekhilafan aku.. Tetapi mengapa aku begitu sukar melakukan sebegitu.. Bukan kerana aku seorang pendendam tapi kenangan 3 tahun lepas kembali melukakan hati aku.. Aku sudah tidak mampu untuk menghubungi seseorang untuk memujuk kembali.. Pabila aku mencapai handphone menelefon dan menghantar SMS tetapi tidak diberi sebarang reaksi, ia mengingat kan aku pada luka lama.. Hati aku terasa terlalu pedih dan hancur kembali.. Disaat ini, aku terlalu memerlukan seseorang kerana aku berada di laluan yang sukar. Tapi aku keseorangan.. Aku buntu.. Terlalu buntu..



Tapi, aku masih lagi ada Allah yang sangat menyayangi aku.. Ya, juga menyayangi korang semua.. DIA lah tempat aku mengadu segalanya.. Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa tersirat dan terbuku di hati kita.. Moga aku diberi ketenangan dan kekuatan menghadapi segalanya.. InsyaAllah.. Aamiin..



Ok la setakat nie aje.. Aku tak pandai bermadah maksudnya tak pandai menghasilkan ayat-ayat yang baik utk bacaan sesiapa saja.. =) ..



Terima kasih sebab meluangkan masa membaca.. Assalamualaikum w.b.t...