Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Di Saat Bahagia Dia Tinggalkan Aku..



Assalamualaikum w.b.t.. 




Nak share sumtin nie.. Jom sesama kita renung tenung dan ambil pengajaran (^_^)..


Aku bertanya pada Allah:

“Ya  Allah .. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??”

Allah Menjawab:
“… kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.”



Aku Kembali Bertanya:
“.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”

Jawab Allah :
“.. kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.”

“Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.”

“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.”

“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.”

“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”


Semoga kita semua perbaiki diri n epi-epi slalu tau.. Peace no war k.. 



p/s : credit to kwn kepada kwn adik junior di fb..

Sunday, October 23, 2011

Tanya Sama Hati---Jodoh

Assalamualaikum w.b.t dan selamat selamat hari raya..tetttt...

Pertama-tama nya...

Entry kali nie bukanlah nak tuju mana-mana pihak.. Tp.... kalo terasa ampun ya..
Sebenarnya deep in  my heart.. i would like to say that (terspekeng plak) Peratusan tertinggi yang saya baca di mana-mana je kat facebook ke, blog ke, apa2 je la adalah merujuk kepada JODOH.. Honestly, kadang-kadang saya rasa mengjengkelkan nak baca.. Ermmmm..bukan kadang-kadang tp memang saya dah naik menyampah nak baca.. Serius!! T_T (Mesti hampa kata, kalo xnak baca, xpyh la baca..kan kan =p)

Kedua-duanya....
Cuba tanya hati korang, Jodoh ada di Facebook ke??..Twitter ke??..Blog Ke??..Tagged Ke?? Yang terbaru Google +..hehe.. Seyes pening.. Cuba la korang post kat fb ke mana2 ke sumtin yg memberi anjakan paradigma cket.. Nie tak..asyek cenderung ke jodoh je...huhu.. 

Baru-baru nie ada la hadir kan diri ke majlis forum di anjung cinta bertajuk "Amanah Dalam Cinta"... Panel nye Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustazah Fatma.. Jom scroll ke bawah apa kandungan forum tu :

1--klu kita nak sayang atau cinta sesiapa pun, pastikan cinta pada Allah s.w.t dulu kerana cinta Allah la kita dipertemukan dengan si dia..

2--Mulakan dengan nama Allah dan surah Al.Fatihah..

3--Mohonlah CITA dan CINTA dlm sujud terakhir..InsyaAllah cinta akan datang.. 

4--Amalkan doa dibawah ini dan Surah TAHA untuk dikurniakan jodoh yang Soleh dan Solehah..


Semoga kita semua dikurniakan jodoh yang soleh dan solehah.. InsyaAllah :)

Ok itu je nak kongsi Mongsi.. Wassalam...

Sunday, September 18, 2011

--Solat Istikarah--

Assalamualaikum w.b.t & selamat petang yer..

Sesambil dengar lagu penghujung cintaku nyanyian Pasha nie sambil2 le nak update blog.. Dah lama rasanya x jenguk ke sini atas komitmen tido kena bagi cukup 12 jam katakan =P

Sebenarnya ada cket nak kongsi mongsi buat tatapan semua la kan.. Hari tu ada la baca kt mana tah terlupa pulak tentang Pilihan Hidup.. Sedar tak sedar hidup  kita nie seringkali x lari dari perlu membuat pilihan kan.. Nak beli baju mesti kena pilih yg mn patut beli.. nak beli kereta pon kena bt pilihan.. nak mkn apa pun kena bt pilihan.. Pendek kata semuanya perlukan pemilihan..

Jadi, berbalik kepada perkara asasnya "PERBANYAKKANLAH MENUNAIKAN SOLAT ISTIKARAH" kerana lazimnya kita memang akan berhadapan dengan pilihan setiap saat dan waktu.. 

Tak rugi sesiapa yang beristikarah.. Kadang-kadang orang salah faham yg solat istikarah hanya untuk mendapat petunjuk berkaitan jodoh.. Sebenarnya solat istikarah nie sgt2 baik diamalkan untuk semua perkara kerana melalui solat istikarah bermakna kita berbalik kepada pencipta kita ALLAH s.w.t.. Kita mohon petunjuk dr NYA agar tidak tersasar dari jalan yang diredhainya dan mohon agar terpelihara dari segala kemungkaran.. 

So, kalo terlupa bawak buku panduan solat sunat ke atau x beli lagi bole la rujuk di sini http://doaharian.blogspot.com/2007/04/doa-solat-istikharah.html... 
Ok itu je nak kongsi-mongsi...

p/s : andai dlm entry nie saya tersilap, mohon diperbetulkan :)

Monday, February 28, 2011

Cinta Sejati vs Jodoh

Assalamualaikum..


Utk entry kali nie nak kongsi mongsi cket ttg sumtin yg boleh kita amalkan..
One day arie tu(taun lepas la) tgh main2 tenet dlm bilik, tetiba ayah pggil dgn nada separa tegas..Mmg kecut la ingtkan bt salah apa..rupa2 nya ayah nak pggil suruh tgk rncangan semanis kurma..Tajuk mlm tu agak sesuai la tuk anak2 dara n teruna yang masih bujang..Penah tgk x semanis kurma nie??..kalo xpenah, tgk la..sesuai tuk suma lapisan msyrkt..(pdhl kna tgk sb mak ayah mrh kalo tekan tv lain..hoho..tettttt..)


Alkisahnya...
yg menariknya rancangan nie sb ada bg amalan doa utk diamalkan sesuai dgn tajuk yg dikupaskan dan..
Berbalik kpd cite td, tajuk semanis kurma mlm tu adalah "alamak lupa plak..hehe.."
Tp berkenaan jodoh la..Ustaz Akashah dgn ustazah Siti ada bagi Surah ayat suci Al-Quran utk diamalkan..
Antaranya:
  1. Surah Yusuf Ayat 4..
  2. Surah Anbiyak Ayat 89
  3. Surah Al-Qasas Ayat 24
Kalo ditgk tafsiran setiap ayat nie mmg kearah jodoh..Cuba la amalkan..Kalo lpas baca msti rs yakin sgt dengan jodoh yg Allah tetapkan..xperlu nak dirisaukan..

Dalam Kitab Suci Al-Quran ada mengatakan perempuan baik2 hanya tuk laki baik2 dan begitulah sebaliknya..Mungkin kita trtanya adakah kita begitu baik utk mendapatkan yg terbaik kan..Mmg kita tidak lari dr membuat kesilapan..tp kalo kita cuba jd yang terbaik, InsyaAllah segala yg terbaik akan jd milik kita..apa2 pun sumanya bergantung pd hati kita,niat kita biarlah kerana Allah..

Jgn pula pabila kita dah jumpa pilihan hati, kita alpa yg suma tu Allah yg berikan..mana mungkin kita akan memiliki kekasih hati kita kalau bukan kerana kasihnya Allah pada kita kan..

Kemudian, ada seorg pengamal perubatan nie dia penah nasihatkan saya slalu la buat 4 Solat sunat nie..
  • Solat sunat Taubat
  • Solat Sunat Istikarah
  • Solat Sunat Syukur
  • Solat Sunat Hajat
InsyaAllah apa yg kita ingin miliki, kita akan memilikinya..tp seandainya bukan ditakdirkan utk kita, Redha la..ada yang lagi baaaaaik utk kita..Mungkin kita xnmpk lg hikmahnya..tp jaminan Allah itu pasti..Yakinlah dengan kebijaksaaan ALLAH..Sesungguhnya Allah maha Bijaksana..

Satu lagi..saya penah terbaca buku Asma Ul' Husna..Dalam buku tu ada mengatakan kalo kita kita ingin memiliki seseorang..bacalah Ya Jami' setiap hari sambil mengingati org itu (tp jgn smpai xjd keja pulak..angau namanya tu..hehe..)..Ya Jami' maksudnya himpun..paham2 la ye..maknanya nak dekatkan kita dgn si dia la..apa2 pun niat biar betul n byk2 la berdoa..Mungkin inila caranya utk kita bertemu cinta sejati kita..tp kalo x usaha utk dapatkan dia, x bermakna jugak..usaha,doa n tawakal..pamerlah sedikit syg & kasih pd si dia..kalau x, kita akan hanya berpeluk tubuh..(hehehe..malu n takut..)

Setakat ni je la nak kongsi-mongsi..Segala yg baik dtgnya dr Allah..Saya hanyalah insan biasa yg hanya ingin berkongsi ilmu..andai tersalah bicara, maaf dipinta..

Assalamualaikum...

Thursday, October 21, 2010

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD...


Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, 
"Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat  yang ditinggalkan olehnya nabinya."

Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari  tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?"

Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, 
"Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad  dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya."

Rasulullah  S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu. "Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya  untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan. Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang  dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar.

Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan  sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"

Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh." Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil,

"Wahai  orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat,

"Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."





Friday, July 2, 2010

Tanyalah Ustaz..Jom tgk!!!..best oo...


Assalamualaikum w.b.t...

Okey pg td saya da la tgk tazkirah tnyalah ustaz..tajuknya "Jin & Alam Ghaib"..mula2 takut gak nak dgr..tp ustaz tu bercrita cam best je..so layan la ngn mak,ayah n pak lang..ustaz tu crita mcm2 antaranya apa itu bunian..actually bunian tu org melayu je bg nama..org bunian nie adalah sejenis makhluk halus yg kebykkan terdiri drpd jin islam..



Then..ustaz tu gtau lg petanda2 mimpi seandainya kita ada gguan jin..ok antaranya...

1)..bermimpi dikejar ular dan ular itu patuk diri kita..haaaa tu bkn mknanya org nak masuk minang k..

2)..mimpi menyusukan bayi atau kanak2..

3)..mimpi benda tajam yg mengancam kita..

4)..mimpi berada di tempt yg tggi..

5)..mimpi lembaga2..

6)..mimpi berada di kwsn perkuburan..

7)..mimpi najis..

8)..mimpi berada di tempat kotor..


ala..lg 2 mimpi tu saya lupa la..nti sy ingat,i edit balik k blog nie..


Tambahan lg sakit secara fizikal iaitu sakit2 sendi n saraf n pa lg..lupa..huhu..sori2...


Ustaz kta mereka masuk kedlm bdn kita melalui ubun2 n jari kaki..ada 3 keadaan napa diorg nak masuk dlm bdn kita..

1..sb suka2..
2..sb org sihirkan..
3..sb saka mean pewaris kan..

Then ustaz tu bg byk doa..kt bwh nie doa2 yg ustaz tu bg..


Surah Isra' ayat 72 utk ubati sakit sendi..bc kt air n then minum n sapu di sendi2 yg sakit..

Surah Rum ayat 21 utk xbg syaitan suka kita..


nti la gtau lg..pa yg ditulis td mcm serabut je..nti i tgj balik k..hehe..

k..bye2..

Friday, June 18, 2010

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEH

Hawa…
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang soleh buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau sudah bergelar ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-Din Allah

Hawa…
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau dengan jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
Maka lahirlah senyuman,tercetuslah salam,
Dan sekaligus disusuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki,
Tetapi…
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang penting pegangan agamanya,
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,
Kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya,
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
Kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan

Oleh itu Hawa…
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
Peliharalah akhlakmu, kuatkanlah imanmu,
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan dan kebahagiaan buatmu,
Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu,
Kerana semua itu lebih berharga untuk melengkapkan segalanya….