Sunday, October 16, 2011

..Nothing To Say...

Assalamualaikum w.b.t dan jugak selamat pagi..

Sebenar-benar nya mata sangat-sangat mengantuk, badan letih , kepala runsing tak boleh tido.. Sebab apa??.. Entah la..Hati Runsing..



Hari nie tetiba rasa sayu je hati.. Sedih.. Seolah-olah kisah lama 3 tahun lepas kembali menyapa hati.. Luka lama seolah-olah bermain-main di hati tanpa menghiraukan betapa lemahnya diri untuk menerima semua nie...



Selama 3 tahun lebih  hati ini memendam rasa..menyeka setiap air mata yang ingin mengalir.. Akhirnya, aku tewas hari ini.. Seolah-olah situasi yang dilalui pada saat ini mengimbau kembali kenangan 3 tahun yang telah berlalu pergi..



Selama ini aku fikir, aku sudah kuat dan tabah untuk menerima sebuah kehilangan.. Tetapi, aku masih lagi tewas.. Tewas apabila situasi yang sama menimpa diri.. Aku cuba mencari diri aku yang selama 3 tahun aku ubati seorang diri.. Seorang diri yang diajar erti sebuah kehilangan, diri yang diajar sebuah pengorbanan dan ketabahan dan juga diri yang ajar sebuah keikhlasan serta seorang diri yang diajar erti sebuah kesyukuran dan keredhaan..



Aku sudah cukup lemah untuk hadapi semua nie.. Dulunya aku kehilangan seorang insan yang cukup aku sayangi.. Kini aku kehilangan seorang sahabat.. Mungkinkah kesilapan itu dari aku.. Ya..kesilapan itu dari aku.. Diri yang terlalu lemah yang bisa melukakan hati seseorang.. 



Aku memohon kemaafan atas kekhilafan aku.. Tetapi mengapa aku begitu sukar melakukan sebegitu.. Bukan kerana aku seorang pendendam tapi kenangan 3 tahun lepas kembali melukakan hati aku.. Aku sudah tidak mampu untuk menghubungi seseorang untuk memujuk kembali.. Pabila aku mencapai handphone menelefon dan menghantar SMS tetapi tidak diberi sebarang reaksi, ia mengingat kan aku pada luka lama.. Hati aku terasa terlalu pedih dan hancur kembali.. Disaat ini, aku terlalu memerlukan seseorang kerana aku berada di laluan yang sukar. Tapi aku keseorangan.. Aku buntu.. Terlalu buntu..



Tapi, aku masih lagi ada Allah yang sangat menyayangi aku.. Ya, juga menyayangi korang semua.. DIA lah tempat aku mengadu segalanya.. Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa tersirat dan terbuku di hati kita.. Moga aku diberi ketenangan dan kekuatan menghadapi segalanya.. InsyaAllah.. Aamiin..



Ok la setakat nie aje.. Aku tak pandai bermadah maksudnya tak pandai menghasilkan ayat-ayat yang baik utk bacaan sesiapa saja.. =) ..



Terima kasih sebab meluangkan masa membaca.. Assalamualaikum w.b.t...





5 comments:

  1. nk menangis wani bace.. huhu
    wlupn tak tau ape yg berlaku pada cik ladybird, jgn terlalu bersedih.. igt, Allah sentiasa ada disisi kite..=)

    ReplyDelete
  2. tima kasih wanie (^_^) InsyaAllah moga2 kita semua diberi kekuatan menghadapi setiap ujian Allah.. yg penting senyum selalu :)

    ReplyDelete
  3. Sedih bila tgk Tina mcm ni...

    Walaumacamanapun kamu tetap ada sahabat mcm saya ni...Di mana handphone buka 24/7, telinga saya buka di mana kamu perlu...

    ReplyDelete
  4. sedihnya...kelembutan seseorang kadang2 dipermainkan..~ sabarlah sahabat..kita sedang di uji.

    ReplyDelete
  5. xonos : saya dah ok la..don wori k..tq 4 being my fren :)

    cik zuliana : aha zu..semoga kita diberi kekuatan utk menempuh stp ujian..InsyaAllah..tima kasih zu :)

    ReplyDelete