Sunday, November 18, 2012

Dalam Hati Ada Bunga

Assalamualaikum & Selamat Pagi...

Hari ni.... aku terasa la amat hepi. Entah tak tau kenapa.. Yang aku tau, aku nak senyum ja hari ni.. Semua orang aku nak sapa. Gila sebentar.. Eh mana ada gila.. Senyum kan sedekah.. Pembuka rezeki di pagi hari.. Keberkatan ada di pagi hari.. Carilah.. Bagaimana??..Haaa Solat la Dhuha...Kan Sunnah Rasulullah S.A.W.. 

Ha Senyum macam nie.. Hati pon senyum jugak tau.. Cayalah!!

Pertama kali aku buat solat Dhuha, memang la terbukti murahnye rezeki aku.. Laptop aku problem, aku pegi format...Dalam kepala pikir melayang lah duit RM40.. Tapi Alhamdulillah.. F.O.C!!.. Seronok lah.. 

Then aku cuba istiqamah buat, Alhamdulillah banyak sangat Allah permudahkan urusan.. Hati jadi kuat dan macam-macam la.. Cuba la buat kalo tak caya.. Tak pe kalo tertinggal-tinggal.. Perlahan-lahan.. Lama-lama, Istiqamah la.. Yang pasti niat dan usaha tu kena ada.. Allah tolong punya.. 

Ok la setakat tu je nak coret-coret.. Rasa rindu nak taip sebenarnya.. Eh lagi satu, amalan murah rezeki dan melapangkan urusan : 

1)Solat Dhuha
2)Amalkan ayat Seribu Dinar..Amalkan selepas Solat Fardu
3)Selalu menyebut Ya Basir. Maksudnya "Yang melapangkan"

Ok, Assalamualaikum...Tata..


Wednesday, November 7, 2012

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Wednesday, October 3, 2012

Dia Lebih Bernilai Dari Aku..

Assalamualaikum dan selamat petang..

"Kerana Dirimu Bahagia".. Trademark apa eh?.. Itu trademark yang pastinya bukan iklan ubat nyamuk la..haha.. Ok hari nie keja kat opis pon tak banyak dan juga mampu mengemaskinikan beblog Aisya Qaisara nie.. Hmmm.. nak bercerita sikit la pasal sesuatu yang agak mengagumkan dan penuh pengajaran.

Suatu hari sang buaya.. Tipu.. Suatu hari saya baru balik keja dalam pukul 6 petang rasanya( Nak bagitau kata tak balik punctual pukul 5:30pm ok.ngeh ngeh ngeh.)..  Lepas turun je dari tren LRT makanya berjalan la di sepanjang kaki lima untuk sampai ke rumah dengan selamatnya..

Ketika mana dah nak keluar dari kaki lima tu, kebetulan ada sekeluarga yang sangat bahagia dan pada pandangan saya keluarga yang agak unik.. Saya pada mulanya nak potong la kan.. Nak cepat katakan.. Umah ada kaki la katakan.. Kemudian, saya ambil keputusan ikut belakang keluarga tu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Maksudnya xdak ruang nak potong..Double line..hehehe..

Nak tau, keluarga itu adalah sebuah keluarga yang mempunyai seorang ayah yang OKU (Orang Kelainan Upaya..) Baru saya tau "Kelainan" bukan "Kurang"..kawan saya bagitau.. Kalau tak duk ngok camtu duk kata "kurang".. Tak baik betui.. Ok sambung.. Ayah depa nie seorang OKU yang mempunyai kelainan di mata.. Maksudnya tak nampak. Kena pakai tongkat.. Tetapi yang hebatnya, ayah dia berjalan sepanjang kaki lima yang ada tangga tu dengan mendukung anak perempuan yang bongsu mungkin.. Jalan bukan lah rata dan baik tetapi mampu mendukung anak dengan penglihatan yang tidak nampak. Dan si anak yakin dengan memeluk erat ayahnya dengan penuh manja.

Si anak lelaki memegang tongkat si ayah memimpin pulang ke rumah. Sungguh patuh walaupun kadangkala si ayah menegur si anak  mengalih perhatian ke arah lain kerana takut ditimpa kemalangan.. Nama pon budak-budak, nak main la jwbnya..

Keesokan harinya, saya nak pegi ke pasar malam. Bertembung lah saya dengan si ayah itu yang bertongkat baru pulang dari keja.. Orang yang mempunyai kelainan upaya mencari rezeki demi kehidupan keluarga. Kelainan pada fizikalnya tidak membuktikan bahawa dia juga mempunyai kekurangan pada akal pemikiran beliau.. Menjadi seorang ayah, suami yang bertanggungjawab.. Apatah lagi kita yang sihat, tiada kekurangan fizikal. Bersyukur lah kerana terlalu banyak nikmat yang dianugerahkan pada kita.. Pandanglah jari jemari anda yang masih mampu menari keriangan menyentuh segala ciptaan Allah s.w.t.. Subhanallah.. Moga kita di beri petunjuk dan hidayah dari Allah agar sentiasa diredhai Allah s.w.t.. InsyaAllah..

Assalam...

Thursday, September 6, 2012

Himpitan Kubur..

Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat Petang..

Dikesempatan nie saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin andainya apa-apa content dalam beblog nie menyinggung perasaan anda semua.. Bukan niat nak mempersenda atau apa-apa, cuma sekadar kebetulan dan saling ingat-mengingati untuk diri sendiri dan juga saudara-saudari sesama Islam.. 



Skema kan ayat kat atas..kehkehkeh.. 

Sebenarnya nak update blog tentang sesuatu yang agak menggetarkan jiwa tatkala mendengar nya pagi tadi.
Sebelum pegi keja, rutin  kami serumah akan bukak tv, pilih channel TV9 Tanyalah Ustaz.. Pagi tadi tazkirah berkenaan Alam Barzakh. Kata ustaz semua manusia tak akan terlepas dari himpitan kubur. Kenapa??.. Sebab sukarnya bagi anak-anak Adam mensyukuri setiap nikmat kurniaan dari Allah S.w.t.. Acapkali apabila  kita dikurniakan nikmat, perkataan pertama yang keluar dari bibir kita adalah tak lain dan tak bukan "Nasib Baik".. Bukanlah Alhamdulillah. 

So, kawan-kawan.. Marilah sama-sama kita prektis lepas nie sebut Alhamdulillah bila kita dikurniakan sesuatu nikmat.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... Tersasul pon tak pa.. Benda mula-mula kan. tara nak besa tu tersasul la dulu.. Biasalah tu.. Jangan tersasul tatkala masa itu sudah terlambat suda.

Lagi satu, ketika mana roh sudah keluar dari jasab kita, kita akan di bawa mengadap Allah S.w.t.. Allahu Akbar.. Moga diri kita diterima oleh Allah.. InsyaAllah.. Dan selepas itu kita akan dibawa turun oleh Para Malaikat untuk kembali ke rumah kita. Dan disaat itu, kita akan melihat bagaimana kita diuruskan dan dikafankan. Siapa yang mandikan kita, Siapa uruskan kita.. Siapa yang menangisi pemergiaan kita dan segalaya akan dapat kita lihat. 

Tatkala dimandikan, jika diperlakukan secara kasar atau terkasar, jasad kita akan merasa sakit. Sakitnya seperti seolah-olah kita dicampakkan ke pokok yang berduri dan diseret sehingga terputus urat saraf kita.. Allahu Akbar.. Nyilu rasa badan masa nak taip nie.. Nipis je rasa kulit.. Takut.. Masa itu kita akan merayu pada orang tersebut agar kita diuruskan dengan kelembutan penuh kasih sayang.. Sedih rasa hati.

Ustaz berpesan agar kita menjadi Hamba Allah yang bertakwa dan sentiasa berdoa agar kita dipermudahkan Sakaratulmaut dan agar kubur kita menjadi Taman-Taman Syurga sebelum ke Taman Akhirat..

"Jom Berdoa"




Sambung lagi..

Jika amalan kebaikan kita terlalu lah sedikit dan penuh dosa dan noda, betapa hodohnya wajah Malaikat maut tatkala hadirnya beliau untuk mengambil nyawa kita.. Jika kita Hamba Allah yang bertakwa, berseri-serinya wajah beliau sejuk mata memandang.. 

Moga saya, kamu dan kamu sentiasa dipayungi Rahmat Allah Sw.t... Dimurahkan rezeki dan sentiasa diredhai Allah.. Tapi ingat!!.. Redha Allah terletak pada redha mak ayah dulu tau..hehehe.. Ok take care!!..

Assalam...



p/s : owh xde keja.. tgh tggu keja org.. Bestnya update beblog dikala mana internet laju..hehehe..


Thursday, August 9, 2012

Hint Lelaki Untuk Kawen Lain.hehe..

Selamat petang semua..

 Mari-mari beli baju raya..kuih raya ..mercun raya..hantu raya.. ok ok tak.. bukan..

Hari nie teramatlah mengantuk buat keja kat opis.. Tersengguk-sengguk.. So, godek-godek lah paper Berita Harian hari nie nak baca kononnye.. Kemudiannya terjumpalah satu FAKTA yang agak menarik berkenaan cara pemakaian samping untuk lelaki ketika berhari raya or bila-bila la. hahahahaha..

Faktanya berbunyi begini :

1. Di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin

2. Di atas lutut masih bujang

3. Sudah berkahwin bersamping singkat tandanya mahu menambah isteri.hoho..



Ok ..itu je nak kongsi dikala kemengantukan ini..Tata..

Assalamualaikum...

Saturday, July 7, 2012

Dia..Ahli Syurga..Jangan Ditangisi Setiap Kehilangan..


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh dan selamat malam..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan yang penuh kenikmatan.. Tanggal 7 Julai 2012 pkul 8:30mlm-9:30mlm, saya menonton bual bicara Islam di TV Alhijrah "SOAL WANITA".. Rancangan ni memang baik dan banyak ilmu yang kita boleh belajar dan ambil pengajaran.. 

Tajuk malam ni adalah "Dari Mata Jatuh ke Hati".. Dr Muhaya banyak memberi motivasi dan berkongsi cerita beliau.. Rupa-rupanya disebalik kelembutan wajah dan senyuman manis yang terukir beliau, terselit kisah duka dalam hidupnya.. Iaitu beliau kehilangan seorang anak lelaki pada tahun 2000.. Nasihat beliau, jika kita kehilangan sesuatu, pandanglah betapa banyaknya nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita.. Beliau menasihati anaknya, "

Allah pinjamkan Ahli Syurga pada kita.. Jangan ditangisi pemergian itu.. Sesungguhnya Dia..Ahli Syurga itu akan menunggu kita di padang mahsyar".. Hebatnya wanita itu..Mempunyai hati yang tabah dan teguh..

Moga saya dan kamu diberi petunjuk dan hidayah dari Allah agar diberi kekuatan iman untuk menjadi seorang muslimah yang dihiasi Akhlak Mahmudah.. Subhanallah..Allahu Akbar.. Hati ini mudah rapuh dan terkadang tersasar dari jalan MU ya Allah.. Kalau sesiapa nak tgk ulangan Soal Wanita bole la like page FB Soal wanita " http://www.facebook.com/soalwanita.TVAH " dan laman web Soal Wanita http://www.soalwanita.com.my ..


Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, 
yang menimpakan ujian, 
yang menjadikan sakit hatimu, 
yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, 
pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan sesuatu yang sia-sia, 
Bukan Allah tidak tahu deritanya hatimu, retaknya hatimu, 
Tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya.


Assalam dan selamat malam..


7 Julai 2012 Bersamaan 17 Sya'ban 

9:50malam..

Wednesday, June 20, 2012

Aku Bahagia (^_^)

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi Qaisara,

Niat di hati teringin nak share sesuatu.. Tp tak ada input nak kongsi.. (Macam la selama nie ada input sangat..).. Aku bahagia.. Aku bahagia.. Aku bahagia.. Alhamdulillah..

Sebenaqnya, diri ini rasa bahagia sangat dengan apa yang dimiliki skrg.. Benarlah kata Allah s.w.t di dalam Surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud Sesungguhnya Selepas Kesukaran Itu Kemudahan. Sesungguhnya Selepas Kesukaran Itu Kemudahan. Iya, dua kali di dalam Surah Al-Insyirah ini mengulangi ayat suci itu.. Makanya, jangan lah kita khuatir dan bimbang atas setiap musibah yang kita terpaksa harungi.. Terima lah dengan hati yang redha bukanlah dengan hati yang penuh keluhan..

Ya Qai, saya mengaku.. Dulu saya pun selalu merungut itu ini tak kena.. Kadang-kadang saya menerima nikmat dari Allah dengan keluhan bukan dengan kesyukuran. Sedih kan.. Contohnya, kita bagi seseorang hadiah, lepas tu orang tu mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati kita, tak hargai apa kita bagi.. Tercalar hati..huhu.. Semoga Allah s.w.t menerima taubat kita.. InsyaAllah..

Suka di sini saya nak share kata-kata azimat dari buku "JANGAN BERSEDIH.. Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia" karangan Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni terbitan Al-Hidayah Publication. Kata beliau 

" Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan aku sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa akan mendatang. Untuk itu, mengapa aku harus menyesali masa lalu dan merasa cemas pada masa mendatang?"

Di sini, saya terasa nak berkongsi dengan anda semua terjemahan Surah Al- Insyirah..(skrip macam pengacara tv kan.haha..).. Bila terasa kusut dan seolah-olah tiada jalan keluar, amalkan lah surah nie.. InsyaAllah.. segala apa yang mendukakan akan terlerai (^_^)


http://images.umaralfateh.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/SCswlQoKCsEAAAKH8NU1/094%20Surah%20Al-Insyirah.pdf?key=umaralfateh:journal:40&nmid=96062989

" Word For Today (^_^) "


Assalam..



(Sudah hampir 5 tahun kenangan tu berlalu.. Tp kenapa hati semakin ingin menangisi kehilangan itu.. Semoga aku diberi kekuatan menempuhi segalanya.. InsyaAllah..)

Tuesday, June 19, 2012

..Kehidupan Umpama Pelangi..

Assalamualaikum Aisya Qaisara..

Sesekali hati terasa rindu dengan suasana kampung halaman yang mendamaikan. Alhamdulillah saya bahagia Qaisara menjalani kehidupan sebagai wanita bekerjaya di Kota Metropolitan ni walaupun kadangkala bebanan keja yang akan melelahkan. Ku berharap dan berdoa agar Allah sentiasa memberikan ku petunjuk dan hidayah agar rezeki yang diperolehi penuh keberkatan.. Rezeki yang penuh keberkatan walaupun sedikit jumlahnya, InsyaAllah Allah akan mencukupi keperluan kita.


Tapi kan Qai, kehidupan seseorang yang bekerjaya penuh dengan liku-liku yang kadang kala mencuit hati kadang kala mengguris hati. Macam pelangi kan.. Pelbagai ragam dan asam garam manusia kita akan temui. Terlalu ramai manusia yang berpaksikan pada pangkat dan nama. Yang berada di bawah akan diperkotak-katikkan.. Sedih rasa. Tapi Alhamdulillah Project team sangat positif..

Alhamdulillah syukur. Pada sahabat-sahabat di luar sana, Ingatlah "Hati org yang memberi tak sama dengan hati yang menerima".. Jangan cepat dan mudah mengecewakan orang kerana sekali perbuatan jahat kita lakukan pada mereka, makanya segala perbuatan baik engkau pada mereka seolah-olah pergi bagai debunga yang beterbangan bersama angin lalu.

Hati semakin terusik dek mengenang wajah emak dan ayah yang disimpan di dalam dompet. Masa, jarak dan kewangan terlalu membataskan.. Hanya Allah yang maha mengetahui betapa saya merindui kampung halaman.

Cukuplah setakat di sini saja ngomelan hati yang ingin bersuara..

Assalam and gud morning =)

" Word For Today (^_^) "




Monday, June 18, 2012

..Sesuatu Yang Menarik Di mata.. Terpahat Di Hati..


Dear Qaisara..

Here some picture that really make My Heart fall in love with Allah.. I wanna share with you (^_^)





Saturday, May 19, 2012

Kami Ambil Kesempatan (^_^)

Ngeh Ngeh Ngeh.. 

Apakah yang dimaksudkan ambil kesempatan nie..haha.. Ada la kak temah nak crita nie..

Alkisah..
Tanggal 12 Mei 2012, lahirlah seorang pewira a.k.a bakal batman kata daddy dia.. Kami dari Kedah pun nak pegi tgk beby baru nie.. Alang-alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal tapak kaki.. Sebelum sampai ke Tg Malim, makanya kami exit simpang pulai naik pegi cameron.



Mak tengah membeli.. Dalam banyak-banyak barang, ubi keledek nak dibelinya..hihi..
 
Bukan senang nak suh bapak i tangkap gambaq camtu.. Romantik dok??.. 

 
Gadis idaman malaya.. kuang kuang kuang.. Ni gambaq tangkap kali ke4 baru ok..huhu..

 
Kura-kura yang pandai pose.. tgk mata dia..dah macam mata ahli kongsi gelap minum teh tarik pahit..


Ok.. nie my tunang..kahkahkah.. my little brother.. ni kat Taman Rama-Rama.. Jinak giler.. sampai nak ikut kami balik nangis-nangis..ok tipu di situ =p



Nie souvenier yang dapat free.. Comei!!.. Beli le..

Last but not least.. Nie la tujuan sebenar kami.. nak tgk si kecil yang pandai senyum nie =)


Esok kami nak balik kedah la.. Ayah keja.. saya pon keja jugak.. keja makan tido dan monitor media digital..kehkehkeh.. Tata..


Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam.. nunite (^_^)


Wednesday, May 2, 2012

Muslimah Sejati


Assalamualaikum w.b.t and Hi All!!.. hehe.. Jom baca.. (^_^)


Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. 
(Al-Ahzab :32).



Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ? Layakkah kita ?"
~~~~INSYA ALLAH kita juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh ~~~~




“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(Riwayat Al Bazzar)

Saturday, February 25, 2012

Aku dengan siapa??

Assalamualaikum dan selamat pagi..


Dah berkurun rasanya x update beblog nie sebab campur malas, internet lembap dan juga tak ada idea.. Tapi malam nie pon tak ada idea tapi entah la napa rasa nak tulis sumtin..(sebab jemu tak tau nak buat apa).. 



Hari ini kawan-kawan pegi ganu pegi kenduri  kawan kawen.. Jeles la tak dapat pegi.. Mulut asyik menjaja je dalam umah sebab xdapat pegi sampai mak kata "boring"..(sampai mak pon speaking..)..




Terdetik dalam hati "Kawan aku dah dipertemukan jodoh dia.. Alhamdulillah selamat semuanya".. So, mula la aku goreng buah berangan.. Aku pon tertanya-tanya aku nanti dengan sapa la.. cmna la kan..Siap sampai duk jadi wedding planner ckp depan mak sesambil kami duk tgk cerita hindustan sanggam.. Boring la cerita tu.. nak bayangkan jd heroin hindustan tu pon x gamak.. Sebab cerita lama..haha..  


Sekali mak kata pinggan dalam sinki banyak.. Pisang pon banyak dlm bakul.. pi goreng buat ayaq teh panas.. (Saya harap u oll paham maksud mak i..).. Ok.. cerita ngarut entri nie..huhu.. ok tq baca!!




Sunday, January 8, 2012

Di Saat Bahagia Dia Tinggalkan Aku..



Assalamualaikum w.b.t.. 




Nak share sumtin nie.. Jom sesama kita renung tenung dan ambil pengajaran (^_^)..


Aku bertanya pada Allah:

“Ya  Allah .. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??”

Allah Menjawab:
“… kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.”



Aku Kembali Bertanya:
“.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”

Jawab Allah :
“.. kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.”

“Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.”

“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.”

“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.”

“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”


Semoga kita semua perbaiki diri n epi-epi slalu tau.. Peace no war k.. 



p/s : credit to kwn kepada kwn adik junior di fb..