Assalamualaikum.... Assalamualaikum.... Hari ni dah masuk 22 hari kita berpuasa.. Kita??.. Ok layan..hehe..
Pagi tadi sebelum pegi keja, seperti biasa kami serumah akan bukak TV9.. So, sambil-sambil pakai tudung, lipstik, bedak dan sewaktu dengannya, aku pon dengar la ujung-ujung telinga tazkirah dari Ustaz Hassan Din dalam rancangan Muqaddimah(Baik tak.hehe)...
Dalam intipati ceramah tu, ada ustaz sebut 5 Salam yang tak perlu di jawab. Antaranya :
1. Salam Orang bukan Islam.
Akan tetapi jika nak jugak jawab, memadai menjawab "Waalaikum" sahaja.
2. Ketika dalam solat berjemaah.
Imam dan orang sebelah bagi Salam jangan plak jawab.. Kang sila lah dengan segala hormatnya takbir balik.hehehe..
3. Salam sebelum Kalam..
Haaaa.. cmna tu Salam sebelum Kalam.. Contohnya, seseorang memberi ucapan bla bla bla pastu baru bagi Salam.. Tak paham??.. Camni...
"Yang berbahagia tuan puan..... sungguh indah pagi ini..bla..bla..bla.. dan Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat"
Ok Salam ni, tak perlu dijawab.
4. Salam ketika di dalam tandas ataupun ketika kita sedang membuang hajat..
5. Salam yang dipermain-mainkan..
Contohnya : Assalamualaikum..tak berjawab berdosa.(taktik budak-budak miang)
Sebagai tambahan penyedap rasa, Nabi Muhammad SAW berkata, hanya 5 perkataan sahaja yang betul utk salam iaitu Assalamualaikum warahmatullah hi waba rokatuh.....
Kadang-kadang ada org sebut, "Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarokatuh".. Yang itu cara bagi Salam yang salah!..Sila betulkan..
Itu aja nak dikongsi.. Mata suda ngantuk... Tata Titi Tutu...
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.....
No comments:
Post a Comment