Hawa…
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang soleh buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau sudah bergelar ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-Din Allah
Hawa…
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau dengan jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
Maka lahirlah senyuman,tercetuslah salam,
Dan sekaligus disusuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri
Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki,
Tetapi…
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang penting pegangan agamanya,
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,
Kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya,
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
Kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan
Oleh itu Hawa…
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
Peliharalah akhlakmu, kuatkanlah imanmu,
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan dan kebahagiaan buatmu,
Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu,
Kerana semua itu lebih berharga untuk melengkapkan segalanya….

No comments:
Post a Comment