Showing posts with label ilmu apa2... Show all posts
Showing posts with label ilmu apa2... Show all posts

Monday, February 21, 2011

Nak resepi puteri ayu x??..

Moning semua..(seyes xtau nak tulis apa tuk permulaan entry nie..brapa kali taip pastu padam..mongeks kan..hehe..)

Okey penah dengaq dak kuih puteri ayu??..xpenah??..kuih tu mcm bentuk karipap cket..penah kan makan karipap..tetttt..bukan la..kuih nie nak mcm kuih dorayaki...tut tut tut..bukan2..haha..(sila sekerol di bwh tuk lihat kuih sebenar)... 


Ok nie la kuih sebenar(bukan nama samaran).. Slalunya kita beli kt warung nasi lemak kan pagi2..apa kata kali nie kita tukar selera pg2 bt air teh o panas dgn kuih puteri ayu panas..sedap!!.

Cara nak bt kuih nie senang je..Mula2 kita kna sediakan bahan2 dlu..antaranya..mstila tepung gandum..pencelup hijau..daun pandan..telur..gula..dan juga kelapa mesin atau nama saintifik org utara iaitu "nyok mesin" sbg topping..


Cara nak bt pon senang..jap je..anak nangis pon sempat dodoikan..(bajet buaian tepi tong gas..tettt...)


Mula2 kita pukul telur ngn gula menggunakan mixer atau pun pemukul telur yg mcm jaring2 tu kan..kalo xdak guna garpu pon bleh..(gile lenguh hampa nak kacau bg kembang..haha..)..


pastu bla dah kembang, masukkan tepung dan gaul rata..kemudian masukkan pencelup hijau agak2 bagi dpt warna soft green  dan pastikan adunan td tidak terlalu cair n pekat mcm kt bwh nie..
Pastu kuih nie ada acuan tau..kalo nak beli acuan nie pegi je beli kt kedai2 yg jual brgn plastik..ok kita sambung..ambil daun pandan sehelai..carik2 kan dan lipat 3 kemudian ikat getah..(guna berus kuih tu pon xpa) nie tuk celupkan daun pandan ke dalam minyak utk disapu ke dlm bhgn acuan tp supaya adunan tidak melekat dgn acuan..Ia memudahkan proses melekangkan kuih yg dah masak dgn acuan..


Tp sebelum masukkan adunan, kita kna panaskan acuan yg disapu minyak ke dlm periuk kukus selama 1 minit kot..(sori x kira ms tu)..bajet2 panas la..pastu kuarkan, masukan kelapa mesin sedikit dan adunan tersebut.. masukkan kedlm periuk kukus td..then tggu la shgga masak..xlama pon..jap je..pastu kuarkan..Siap!!..(tp sila perabih adunan td..jgn bt 1 ja tinggal..hoho)


nie kuih jojo ayu..hahaha.. 


kwn saya umi upload gambar kuih nie kt fb tetiba upload gambo jojo nie..so jd la jojo ayu!!..

p/s : kna jaga exam..so xdak keja update beblog nie la..

Wednesday, December 22, 2010

Mari Kenali Coklat..

Mari kenali coklat coklut..

Sengaja nak bg terliur..hihihi..

Tajuk entry kali nie kita nak ckp ttg coklat.. ramai kan yg beranggapan coklat byk negatif dr segi kesihatan..mungkin ya mungkin tidak..tapi......kalo kita kawal, xkan jd negatif kan..betui x??..


Napa org suka coklat..okey 5 saat cari jwpn..tetttttt...da abeh..jwpnnya sb cedap la kan..umpppphh..menusuk kalbu..coklat juga salah 1 lambang cinta kan..so sweet..dpt sebijik pon jd la..senyum sampai telinga..rahang mulut pun rs sengal kan..tp xpa..hati menidakkan segala kesakitam tu..cewahhh..


Okey mari kita kenali coklat..siapakah ia..


LKM(Lembaga Koko Malaysia) ada menceritakan sebenarnya koko nie madu kpd dewata (bkn madu 4 yer).. atau nama saintifiknya Theobroma Cacao.. senang crita kita terjemah dr bahasa greek bermakna makanan dewata.. Alkisahnya.. koko nie sebenarnya dikaitkan dgn ketuhanan pabila stp kali nak tanam pokok..nak bg subur kot..


Koko pertama skali ditemui  oleh abg2 n kakak2 masyarakat kaum Maya dan Aztecs di Amerika Selatan. Kaum Aztec menganggap minuman koko sebagai minuman Maharaja sahaja. Kaum Maya di Yucatán dan Aztec di Mexico telah menanam koko dan dipercayai Maharaja Aztec Montezuma seringkali menikmati hidangan minuman Chocolath iaitu campuran nib koko yang dipanggang, jagung, air dan rempah.


Pastu kan..meh nak habaq..Koko nie sbnaqnya mula berkembang kt sepanyol..mula2nye koko nie org sepanyol minum kt depa je..tp jgn salahkan depa tau..cian moyang iker casillas .. actually..bekalan koko masa tu terhad dan menyebabkan mereka2 itu menyimpan rahsia kegunaan koko slama 100 tahun..tu dia..lamanye..  Kemudian abg ensem Hernandoiker cortez (xtau la ensem ke x..skali cam sarjan misai..huhu) telah membawa balik koko serta resipi minuman chocolath ke Sepanyol pada tahun 1528. Kemudian berlaku transformasi di mana gula mula dicampur. Penemuan rempah-rempah baru seperti vanila dan kayu manis juga telah digunakan sebagai perisa.....hehe..


Di Malaysia plak..mula2 skali koko ditanam kat negeri kedah..tettttttttttt...tertipu suda..di Melaka la..tu pun hampa silap baca..okey kalo nak bc lebih detail lagi g ktportal LKM tau..


Menurut Lembaga Koko Malaysia ada menyatakan coklat memiliki kelebihan2 tertentu..Antaranya...tunggu selepas iklan...hehe..check it out!!


MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan 
yang tidak berkhasiat.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang 
kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan 
harian yang disyorkan (USRDA): 
Kalcium - 9%;
Riboflavin - 9%; 
Protein - 6%; 
Zat Besi - 3%; 
Vitamin A - 2.4%; 
Thiamine - 2%. 


Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.







MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTHdaripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.







MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.






MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.







MITOS
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.






MITOS
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.


ermmmm..itu je rsnya nak kongsi mongsi..hope korang2 leh tambah ilmu cket2 kan..sharing is caring right... sharing husband not caring..tp &%@#&*()(...tutttttttttttttttttt...hehe...

....Tata....