Wednesday, December 22, 2010

Mari Kenali Coklat..

Mari kenali coklat coklut..

Sengaja nak bg terliur..hihihi..

Tajuk entry kali nie kita nak ckp ttg coklat.. ramai kan yg beranggapan coklat byk negatif dr segi kesihatan..mungkin ya mungkin tidak..tapi......kalo kita kawal, xkan jd negatif kan..betui x??..


Napa org suka coklat..okey 5 saat cari jwpn..tetttttt...da abeh..jwpnnya sb cedap la kan..umpppphh..menusuk kalbu..coklat juga salah 1 lambang cinta kan..so sweet..dpt sebijik pon jd la..senyum sampai telinga..rahang mulut pun rs sengal kan..tp xpa..hati menidakkan segala kesakitam tu..cewahhh..


Okey mari kita kenali coklat..siapakah ia..


LKM(Lembaga Koko Malaysia) ada menceritakan sebenarnya koko nie madu kpd dewata (bkn madu 4 yer).. atau nama saintifiknya Theobroma Cacao.. senang crita kita terjemah dr bahasa greek bermakna makanan dewata.. Alkisahnya.. koko nie sebenarnya dikaitkan dgn ketuhanan pabila stp kali nak tanam pokok..nak bg subur kot..


Koko pertama skali ditemui  oleh abg2 n kakak2 masyarakat kaum Maya dan Aztecs di Amerika Selatan. Kaum Aztec menganggap minuman koko sebagai minuman Maharaja sahaja. Kaum Maya di Yucatán dan Aztec di Mexico telah menanam koko dan dipercayai Maharaja Aztec Montezuma seringkali menikmati hidangan minuman Chocolath iaitu campuran nib koko yang dipanggang, jagung, air dan rempah.


Pastu kan..meh nak habaq..Koko nie sbnaqnya mula berkembang kt sepanyol..mula2nye koko nie org sepanyol minum kt depa je..tp jgn salahkan depa tau..cian moyang iker casillas .. actually..bekalan koko masa tu terhad dan menyebabkan mereka2 itu menyimpan rahsia kegunaan koko slama 100 tahun..tu dia..lamanye..  Kemudian abg ensem Hernandoiker cortez (xtau la ensem ke x..skali cam sarjan misai..huhu) telah membawa balik koko serta resipi minuman chocolath ke Sepanyol pada tahun 1528. Kemudian berlaku transformasi di mana gula mula dicampur. Penemuan rempah-rempah baru seperti vanila dan kayu manis juga telah digunakan sebagai perisa.....hehe..


Di Malaysia plak..mula2 skali koko ditanam kat negeri kedah..tettttttttttt...tertipu suda..di Melaka la..tu pun hampa silap baca..okey kalo nak bc lebih detail lagi g ktportal LKM tau..


Menurut Lembaga Koko Malaysia ada menyatakan coklat memiliki kelebihan2 tertentu..Antaranya...tunggu selepas iklan...hehe..check it out!!


MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan 
yang tidak berkhasiat.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang 
kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan 
harian yang disyorkan (USRDA): 
Kalcium - 9%;
Riboflavin - 9%; 
Protein - 6%; 
Zat Besi - 3%; 
Vitamin A - 2.4%; 
Thiamine - 2%. 


Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.







MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTHdaripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.







MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.






MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.







MITOS
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.






MITOS
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.


ermmmm..itu je rsnya nak kongsi mongsi..hope korang2 leh tambah ilmu cket2 kan..sharing is caring right... sharing husband not caring..tp &%@#&*()(...tutttttttttttttttttt...hehe...

....Tata....



Thursday, November 25, 2010

Apa ke he nie??..

slamat pagi suma..


ok..cmna nak mula nie..ngantuk da...ngantuk sgt punya pasal so meh nak update blog..lama dah simpan pic nie..sebona nye saya dpt gambo nie dr fb kwn..pas time baca, xtau napa tergelak smpai sakit perut..bila tgk byk kali cam paksa nak bg gelak pulak..hehe..ok..baca2..



agak2 la kan tok imam nak pakai cmnie..hahaha...lenguh kaki..cian die..k..take care!!

Wednesday, November 24, 2010

Jika Aku Bukan Pemilik Tulang Rusuknya..





Ya ALLAH.. Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,  jgnlah biarkan aku merindukan 

kehadirannya..  jgnlah biarkan aku melabuhkan hatiku pdnya..  kikislah pesonanya dr pelupuk 

mataku dan usirlah dia dr relung hatiku..  gantilah damba kerinduan & cinta yg bersemayam di 

dada ini dgn kasih padaMU yg tulus & murni..  binalah kekuatan dlm diriku ini agr dpt 

mengasihinya sbg seorg sahabat...


"Wanita Solehah adalah lebih baik dari dunia dan apa padanya"



Redhakanlah daku dengan takdir MU ya ALLAH...  

Yakinkanlah daku dengan kebijaksanaan MU..  Peliharalah daku dari kekecewaan dan segala kemungkaran...

Sesungguhnya kerana cinta MU aku akan bertemu cinta dr insan yang ditakdirkan buatku..pemilik sejati tulang rusuknya...

Janganlah kau biarkan aku mencintainya lebih dari cintaku kpd MU Ya RAHIM...

amin..

Thursday, October 21, 2010

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD...


Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, 
"Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat  yang ditinggalkan olehnya nabinya."

Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari  tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?"

Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, 
"Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad  dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya."

Rasulullah  S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu. "Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya  untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan. Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang  dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar.

Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan  sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"

Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh." Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil,

"Wahai  orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat,

"Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."





Friday, July 2, 2010

Tanyalah Ustaz..Jom tgk!!!..best oo...


Assalamualaikum w.b.t...

Okey pg td saya da la tgk tazkirah tnyalah ustaz..tajuknya "Jin & Alam Ghaib"..mula2 takut gak nak dgr..tp ustaz tu bercrita cam best je..so layan la ngn mak,ayah n pak lang..ustaz tu crita mcm2 antaranya apa itu bunian..actually bunian tu org melayu je bg nama..org bunian nie adalah sejenis makhluk halus yg kebykkan terdiri drpd jin islam..



Then..ustaz tu gtau lg petanda2 mimpi seandainya kita ada gguan jin..ok antaranya...

1)..bermimpi dikejar ular dan ular itu patuk diri kita..haaaa tu bkn mknanya org nak masuk minang k..

2)..mimpi menyusukan bayi atau kanak2..

3)..mimpi benda tajam yg mengancam kita..

4)..mimpi berada di tempt yg tggi..

5)..mimpi lembaga2..

6)..mimpi berada di kwsn perkuburan..

7)..mimpi najis..

8)..mimpi berada di tempat kotor..


ala..lg 2 mimpi tu saya lupa la..nti sy ingat,i edit balik k blog nie..


Tambahan lg sakit secara fizikal iaitu sakit2 sendi n saraf n pa lg..lupa..huhu..sori2...


Ustaz kta mereka masuk kedlm bdn kita melalui ubun2 n jari kaki..ada 3 keadaan napa diorg nak masuk dlm bdn kita..

1..sb suka2..
2..sb org sihirkan..
3..sb saka mean pewaris kan..

Then ustaz tu bg byk doa..kt bwh nie doa2 yg ustaz tu bg..


Surah Isra' ayat 72 utk ubati sakit sendi..bc kt air n then minum n sapu di sendi2 yg sakit..

Surah Rum ayat 21 utk xbg syaitan suka kita..


nti la gtau lg..pa yg ditulis td mcm serabut je..nti i tgj balik k..hehe..

k..bye2..

Monday, June 28, 2010

Masuk competition...



Ok...cuti punya psl,saya masuk la mcm2 competition yg on9 punya...yang susahnya competition tu kna bt ayat2 cinta.. aduih..mau pening kpala pikir nak bt ayat apa... pikirnya mcm msuk exam ja.. sampai kalih sana sini nak dptkan ilham katakan...ermmmm.... syusyah-syusyah...


Nak tau x mask competition apa...hehehe... nie ha nescafe bersama coffeemate... kna bt ayat romantik la..dah dua ayat dah dikarang.. msti org yg urus game nie gelak.. ayat ditipu2..hehehe...
















Tulun..tulun...bg jap ayat2 romantik.. pening dah pikir...huhu.. nak tnya mak,nti dpt pulak ayat buang tebiat,miang dah eh..huhu..haish.. pa lg, search tenet la cari ayat2 cinta.. keyword nye "ayat2 cinta"..hehehe..mmg lawak la.xpenah2 bt cmtu.. klu la sapa check my laptop,abes..msti kata tina g..a..t..a..l..


Naseb baik kt umah xde sapa..only me,mom n dad..aadik2 da masuk studi..tenet pulak laju.. best sgt2... tp yg xbest nya bowing la xdak sapa nak ckp... ok2,kita masuk balik bab coffemate tu... hrp2 menang la ngn ayat2 merapu tu...hahaha.. InsyaAllah da rezki xkemana kan...ok...nak sambung pikir ayat2 tu lagi...bye2...

Sunday, June 27, 2010

Jika Aku Jatuh Hati

Di manakah Bidadaraku...Ku Senantiasa Setia menanti mu..


Di manakah Bidadaraku...Ku Senantiasa Setia menanti mu..Walaupun ku tidak mengetahui di mana jasadmu.. Tidak ku kenali bagaimana rupa parasmu.. Namun kutahu kau ditakdirkan utkku...





Hmmmm..jiwang gitu..hehe.. Actually,bowing sggh mlm nie...kt umah da mak n ayah je..adik2 xdak..huhu.. sunyi lor.. abes tu skang nak usik sapa..huhu.. So,i was decided to layanzzz my heart..hehe...




Ermmm...what i'm trying to talking about is l..o..v..e..org kata ber "couple best"..de yg kata "single" lg best.. so,sumanya trpulg pd diri msg2 cmna kamu handle la... klu baik cara kamu brcinta, InsyaAllah bahgia pasti menantimu... Bg yg single mingle, jgn khuatir soal jodohmu.. Allah ada brsamamu.. Hamparkan masamu utkNYA..kelak DIA akan menentukan yg terbaik utkmu..




Kdg2 x dinafikan jugak la mmg sunyi idup single nie..tp kita kna tnya diri kita dlu..adakah kita sudah bersedia utk suma tu mean sedia utk bercinta...Org len bercinta kita pun nak jugak..nak merasa ktakan..tp tah la..terpulg pd msg2..





Actually when i'm talking about love, i lost my word..i dont know why..maybe coz of at this moment i dont have any feeling to fall in love with someone..n maybe i dont meet my prince charming yet..And maybe my prince charming still find me n i always waiting 4 him..I believe that my prince charming is coming soon..InsyaAllah...

Tuesday, June 22, 2010

Mesti Baca!!..Kalau x, anda RUGI teramat...




Salam Buat Semua..Tidak Dilupa Yg Bkn Islam,Selamat sejahtera...

Surat dari anak mak yang dah tak nakal

Mak..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…
Dah hampir 10 bulan mak pergi.
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan..sejuk syahdu
Masih terasa lagi nih…

Mak tau tak..
Itulah kali pertama mak peluk anak mak yg nakal nie
sejak kiter dewasa…
dan itu juga yang terakhir kalinya..
emmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…
nak tinggalkan anak2 mak..
tinggalkan dunia fana ni…

mak macam dah sedia..
seminggu sebelum tuu..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
kakak kata sampai sampai ke pagi mak anyam tikar tu..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..
kakak pun rasa hairan..
mak tak pernah buat gitu..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio
tu siaran siam..
kengkadang siaran Indonesia..
mak terus tekun menganyam..
rupanya tikar yang telah mak siapkan tu digunakan
untuk mengiringi mak ke
kuburan…

pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2..
pastu mak jemur karpet2..
pastu mak ubahkan sofa ketempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong…
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan…

paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit
dan barang kemas mak..
ada kat almari..
ada kat dalam beg..
ada kat ASB..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi..
ada kat dalam gulung tikar..

mak tu mak perasan tak??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung
tikar…
kiter kata mak ni memang pesen lama laa…
mak cuma gelak jer…
emmm….bahagianya saat itu..

mak…
malam itu abg bawa mak ke hospital
dan itulah kali pertama dan terakhir kali mak naik
keta kiter..
masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta..
mak asyik tanya ajer…
cukup ker duit..
kiter jawab pula..
kalau tak cukup mak kan banyak duit..
mak gelak aje…

lepas tu bila kereta kiter sampai
mak buat kenduri kesyukuran..
dan kiter masih ingat lagi..
bila kiter terlanggar Ah Chong naik motor..
punyer la kiter takut..
kiter warning kakak jangan sesekali bagitau kat mak..
bila balik sahaja kampong ..
kiter cepat2 simpan keta dalam garaj..
tapi mak perasan juga bumper depan kemek..
mak Tanya kenapa..?
selamba je kiter jawab terlanggar pokok bunga..

mak tau tak..
pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter
memandu dalam keadaan separuh sedar..
adik kat sebelah diam melayan perasaann..
kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini..
jalan depan terasa semakin kelam..
air mata dah tak mampu ditahan.
Masa tu seandainya apa2 terjadi di jalan itu kiter
rela…

namun Alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebabkan pagi masih awal, jalan jadi lengang..
kosong..sekosong hati ini..
sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain
benar suasananya..
terasa syahdu dan sayu…

mak…
kiter masih ingat lagi..
kiter baca AlQuran kat tepi mak..
jam 11.00 pagi mak dimandikan..
anak2 mak pangku masa mak mandi..
mak mesti rasa betapa lembutnya kami menggosok
seluruh tubuh mak..
kiter gosok kaki mak perlahan-lahan..
mak perasan tak..?
makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..
dia kata.. “dik,,jangan nangis..kalau syg mak
jangan buat gitu..jangan nangis ya..”
bila makcik tu kata gitu…
lagi la air mata nie mengalir..

mak…
sampai takat ini surat kiter tulis..
kiter nangis ni..ni kat dalam bilik..
baru pukul 4.00 pagi..
takder orang bangun lagi..
kiter dengar nasyid anak soleh..
kiter sedih..kiter rindu mak..

takpa la…
nanti bila kiter selesai sembahyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak..
mak tunggu ya..!

mak..
sebelum muka mak ditutup buat selama-lamanya…
semua anak2 mak mengelilingi mak..
menatap wajah mak buat kali terakhir..
semua org kata mak seolah-olah senyum aja…
mak rasa tak..masa tu kiter sentuh dahi mak..
kiter rasa sejuk sangat dahi mak
kiter tak mampu nak cium mak..
kiter tak ada daya..
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak
dengan air mawar..
airmata kiter tak boleh tahan..
mak mesti ingatkan yang anak mak ni jadi
imam solat jenazah untuk mak..
tapi kiter suruh tok imam bacakan doa
sebab kiter sebak…

mak tau…
hari-hari berlalu tanpa kewujudan mak lagi..
begitu terasa kehilangan mak..
boleh kata setiap malam setiap maghrib anak mak nie
berendam air mata..
dan sampai satu tahap..
masa tu malam jumaat selepas maghrib..
selepas kiter baca yassin dengan kawan2
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-
gambar mak pastu apa lagi..
tangisan tidak dapat di bending lagi..

mak…
kiter cuba bertahan..
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda..
kiter rasa nak telefon mak..
nak cakap dengan mak..
anak mak yg ni dah tak betul kan?
dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon
kampong..
kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi..
puaslah kakak memujuk kiter..
dan akhirnya akak juga nangis..

mak tau tak..
di saat kerinduaan terasa menusuk sehingga ke
hulu hati…
rasa nyilu sangat..
menusuk-nusuk sehingga rasa
sakit di dalam dada ini..
sampai sekarang bila kerinduan ini menjelma..
hanya sedekah al-fatihah yang kiter berikan

mak..
cukuplah sampai sini dulu..
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu..
kejap lagi kami nak pergi solat subuh di masjid..
selalunya, kiter bawak mak naik motor kan..
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak..
mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih
pastu kawan kiter bagitau..
simpan jer buat kenangan..
takper yer mak..kiter kasi org lain baca..
akhir kata untuk mak…
I LOVE U SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter..
Member seluruh kasih saying dari kecil sampai masuk
sekolah…
sampai masuk universiti…
sampai merasa naik kapal terbang..
boleh rasa duduk kat negara orang..
sampai akhir hayat ini jasa mak takkan mampu kiter balas………

SEKIAN……



P/s:

Thanks a lot to my friend that gave permission to me to copy this letter...
For the creator of this letter,i'm so sorry i dont know who's the real person that write this letter..Just I want to share with everyone 4 their future...

Saturday, June 19, 2010

Kita Nie Mcm Kelkatu ke??..




Assalamualaikum w.b.t...

Arie nie Ana rs nak cerita cket ttg fitrah sebuah kehidupan bg s'org insan yg brgelar manusia..Alkisahnya..Pd satu mlm, umah saya xde letrik dlm tempoh yg agak lama jgak la.. so,apa lg ibuku memainkan peranan sbg penyuluh hidupku la.. tercari2,teraba2 dlm peti ais cari lilin nak nyalakan..then pegi bwh sinki cari pelapik pulak nak dirikan lilin pastu cari talam besar nak isikan air.. pabila suma bhn telah tersedia jd lah kek...hehe.. pa la..nie bab kelkatu.. so,lilin dinyalan,dilekatkan atas pelapik especially tudung periuk lm.bkn tudung org k.. then letak dlm talam yg berisi air..






ok masuk chapter 2..
Saya??.. emmm pa lg main api lilin la.yg bg kna jari tu sapa yg teror katakan..setelah lama km menguji kekuatan msg2.. da la peserta yg da pi ke pantai doq doq.. dpt adiah pakej menang lwn jari td katakan..haha.. ketika itu,saya termenung melihat gelagat sang kelkatu yg byk merayau2 di sekeliling lilin..sampaikan merayau dlm baju pon ada.. gatal punya kelkatu kan.. Saya tgk bertaburan kelkatu di situ.. da yg menemui ajal,yg kehilangan sayap,yg berenang kelemasan.. of kos saya la penyelamatnya.. Ahhh mcm2 yg kelkatu nie bt..nek geram la pulak..huhu...






Ok murid2..kita masuk chapter 3..
Setiap kejadian Allah pasti da tujuannya kan.. Sang kelkatu nie dia nmpk kwn2 dia yg mati krna pegi terbg ke arah api pastu terbakar.. di lihat pabila kwn dia pegi ke arah air,kwnnya mati bergelimpangan dlm air tu..mcm2 lg dia tgk kwn dia bt tp akhirnya mereka ditimpa musibah.. Tetapi mengapa sang kelkatu td x mengambil iktibar dr suma itu..dia tetap melakukan perkara yg sama.. Akhirnya,innalilahiwainnailaihirojiun...






serius cket..chapter 4..
Kita lihat dr prospek manusia..kita lihat jika org berzina mean terlanjur,kita tau kita berdosa besar,lahirkan anak haram,lelaki xnak b'tggjwb keats pa yg jd,hancur ms depan.. TETAPI knapa da jugak insan yg lakukan perkara yg sama??.. knapa??..






Kita dgr anak derhaka pd ibu bapanya,tengking,caci n sanggup membunuh mereka.. pa yg jd pd mereka,dipenjara,dihukum mati.. tp pd ms yg sm,kita bt kan suma tu.tp xde la smpai kita kill kan. sy tau anda suma baik2.. kita tau kan berdosa,yg idup pun x berkat.. so,sesama la kita renungkan dan berubah kearah kebaikan..






Chapter 5..
Sbg s'org pelajar,kita tau klu mls,xnak belajar bersugguh2,main2, result akan teruk dan mgkin ms depan gelap.. tp napa kita tetap bersikap sebegitu..sedgkan kita tau pa yg akan ditimpa..napa eh.. sy ckp nie bkn nak kta i'm perfect..tp utk sama2 kita fikir dan berubah.. saya pun manusia biasa yg lakukan kesilapan..






Ok dah kot..
Pa yg saya nak katakan disini, bg yg masih belum terlambat,sedarlah..kembalilah kepangkal jln..kembali pd pencipta kita Allah s.w.t..






Bagi yg da terlambat,tunggulah bas yg kemudian..haishhhh..seyes cket..hehe... ok2..bg yg da terlambat,masih ada ruang utkmu..Sesungguhnya Allah bersifat Ar-Rahman Ar-rahim.. berdoalah.. kembalilah pdnya.. sesungguhnya ketenangan yg kau cari ada disisinya.. jgn lakukan kesilapan kali kedua.. kerna ia hancurkan segalanya...






Setakat ini saja coretan naluri saya.. saya harap kita bersama2 kembali pdNYA..memohon keampunan drNYA.. Sesungguhnya segala kelemahan dtg dr kelemahan diri sy sendiri.. Yg Baik itu dtgnya dr Allah s.w.t...Amin... Salam....

Friday, June 18, 2010

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEH

Hawa…
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang soleh buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau sudah bergelar ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-Din Allah

Hawa…
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau dengan jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
Maka lahirlah senyuman,tercetuslah salam,
Dan sekaligus disusuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki,
Tetapi…
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang penting pegangan agamanya,
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,
Kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya,
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
Kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan

Oleh itu Hawa…
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
Peliharalah akhlakmu, kuatkanlah imanmu,
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan dan kebahagiaan buatmu,
Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu,
Kerana semua itu lebih berharga untuk melengkapkan segalanya….